10 laluan panas pindah balak curi dikesan

JPNP serius menangani aktiviti penebangan balak tanpa lesen di Hutan Simpan.
JPNP serius menangani aktiviti penebangan balak tanpa lesen di Hutan Simpan.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesan 10 laluan panas yang akan menjadi jalan utama membabitkan urusan memindahkan balak secara haram pada musim perayaan.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, laluan bersempadanan dengan Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu Selangor dan Johor Bharu adalah pilihan untuk memindahkan balak curi itu.

Menurutnya, rondaan secara berjadual akan dilakukan anggota Unit Penguatkuasa Pahang Barat dan Timur bagi mengesan kegiatan memindahkan balak curi yang didalangi anggota sindiket tertentu.

“Saya akui setiap kali Ramadan, aktiviti pindah balak secara cuti akan berlaku, jadi kita akan kerap melakukan pemantauan bagi mengesan anggota sindiket yang terlibat.

“Mereka ini berpengalaman dan melakukan aktiviti penebangan balak dan memindah dengan menggunakan lori secara licik.

“Jadi, rondaan akan lebih kerap dilakukan bagi tujuan itu bagi memastikan kegiatan curi balak ini dapat dibendung,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Ramadan JPNP di Kompleks Sri Dagangan, semalam.

Mohd Hizamri menyampaikan duit raya kepada pelajar tahfiz Majlis Iftar Ramadan JPNP di Kompleks Sri Dagangan Indera Mahkota, semalam.
Mohd Hizamri menyampaikan duit raya kepada pelajar tahfiz Majlis Iftar Ramadan JPNP di Kompleks Sri Dagangan Indera Mahkota, semalam.

Pada program berkenaan diadakan majlis berbuka puasa, solat tarawih, sumbangan zakat dan penyerahan duit raya kepada anak yatim serta pelajar sekolah tahfiz.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, anggota sindiket berkenaan sentiasa menggunakan pemberi maklumat atau tonto, bagaimanapun itu bukan penghalang kepada anggota Unit Penguatkuasa JPNP menumpaskan mereka.

Jelasnya, pihaknya sudah mengerakan aktiviti rondaan dan sekatan jalan raya di 10 laluan panas sejak awal Ramadan lagi.

“Kumpulan yang melakukan kegiatan itu cuba menggunakan Ramadan untuk mereka lebih aktif namun mereka silap kerana kita sudah dapat bersedia lebih awal dengan mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya terutama pada waktu malam," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hizamri berkata, pihaknya akan terus mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Bahagian Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan lori yang membawa balak curi.