Teruja beli pakaian raya

Penerima bergambar selepas selesai memilih pakaian baharu di sebuah pasar raya semalam.
Penerima bergambar selepas selesai memilih pakaian baharu di sebuah pasar raya semalam.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 30 keluarga miskin dan kurang berkemampuan teruja apabila dapat membawa anak-anak mereka membeli-belah pakaian raya.

Menerusi program bantuan di bawah DUN Beserah itu, setiap penerima boleh membawa seramai tiga anak untuk membeli sepersalinan pakaian baharu.

ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, sebanyak RM10,000 diperuntukkan untuk dua program amal di DUN berkenaan.

Menurutnya, selain fokus kepada golongan kurang bernasib baik, pihaknya turut meraikan remaja perempuan dengan menghadiahkan mereka sepasang kasut baharu.

"Penerima terdiri daripada ibu tunggal dan fakir miskin di sekitar kawasan ini.

"Mereka boleh memilih sendiri pakaian raya mengikut kesukaan masing-masing dan ini sebagai meraikan mereka.

"Untuk remaja pula seramai 150 orang diberikan kupon membeli sepasang kasut baharu," katanya pada Program Membeli Pakaian Raya di sebuah pasaraya di Balok, di sini.

Beliau berkata, selain pakaian mereka turut menerima barangan keperluan yang disampaikan secara berperingkat.

Artikel Berkaitan: