Anwar syor tonton keseluruhan rakaman wawancara dengan CNN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan agar semua pihak, termasuk pembangkang menonton keseluruhan rakaman wawancara beliau dengan agensi berita CNN baru-baru ini berkaitan pelbagai isu termasuk berhubung dasar ekonomi negara sebelum membuat sebarang tohmahan terhadapnya.

Beliau berkata, ini kerana terdapat pihak melakukan unsur khianat apabila dengan sengaja memotong klip wawancara beliau dengan ketua peneraju antarabangsa CNN Christiane Amanpour itu, sehingga menunjukkan beliau memberikan jawapan tidak lengkap terhadap pertanyaan yang diajukan oleh wartawan itu.

"Saya syorkan lihat keseluruhan temu bual itu dan tidak (lihat) ‘cut and paste’ yang dibuat dan kita telah pun tunjukkan yang dikeluarkan CNN International dan CNN Amerika Syarikat yang memberi liputan sepenuhnya jawapan.

"Tetapi ada unsur khianat yang sengaja memotong yang menunjukkan tidak ada jawapan lengkap. Kemudian ada juga ada dialog dengan Consul of Foreign Relation, yang juga memberi penjelasan sama jadi saya harap Yang Berhormat jangan baca ‘cut and paste’, baca sepenuhya," kata beliau di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang menyatakan bahawa Perdana Menteri telah menjawab soalan asal beliau berhubung Ekonomi Madani dengan baik dan sepatutnya turut berbuat demikian ketika temu bual dengan CNN baru-baru ini.

Anwar sebelum itu menjawab soalan asal Hamzah berhubung inovasi baharu Ekonomi Madani yang berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi menjayakan sasaran meletakkan Malaysia di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia. - Bernama
Artikel Berkaitan: