Dua rakyat Thailand maut konflik Hamas-Israel

Beberapa buah kenderaan di Ashkelon rosak teruk akibat terkena bedilan roket Hamas pada Sabtu. - Foto: AFP
Beberapa buah kenderaan di Ashkelon rosak teruk akibat terkena bedilan roket Hamas pada Sabtu. - Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand mengesahkan dua rakyat negara itu maut dalam konflik Hamas-Israel.

Srettha Thaivisin mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di platform X selepas menerima laporan daripada duta Thailand di Tel Aviv.

Beliau bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai mangsa, namun menegaskan bahawa Kementerian Luar sedang berusaha untuk memindahkan warga Thailand dari Israel.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet turut mengesahkan bahawa seorang rakyatnya yang juga merupakan seorang pelajar maut dalam konflik terbabit.

Tambahnya, nyawa mangsa gagal diselamatkan selepas mengalami kecederaaan dalam pertempuran antara pejuang Hamas dan pasukan keselamatan Israel.

Ketika ini terdapat sekitar 450 warga kemboja menetap di Israel dengan sebahagian besarnya adalah kakitangan kedutaan di Tel Aviv. - AFP

Artikel Berkaitan: