Sila log masuk terlebih dahulu.

Tunai hajat nenek, lapan sepupu sanding serentak

08 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 8 OKTOBER 2023

Lapan sepupu bersama pasangan masing-masing diraikan dalam majlis persandingan beramai-ramai di Grand Sabak Hotel and Mini Convention Centre di sini, pada Sabtu, lapor wartawan Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Bapa kepada tiga pasangan pengantin, Osman Munadi 61, berkata, majlis itu diadakan bagi memenuhi hasrat ibunya, Kasinah Kasbullah, 85, yang ingin melihat lapan cucunya itu bersanding serentak.

Menurutnya, meskipun ada di antara pasangan pengantin yang sudah bernikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua tahun lalu, namun mereka turut diraikan sebagai mempelai.

Artikel: https://shorturl.at/adjC2

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini