Hamil empat bulan, suami Kaka berhenti merokok

Kaka Azraff
Kaka Azraff
A
A
A
SETELAH sekian lama berteka-teki, akhirnya penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya kini hamil empat bulan.

Menurut Kaka, dia tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana menghormati perminataan keluarga.

"Saya tidak berkongsi sebelum ini kerana menghormati permintaan keluarga dan selepas doktor sahkan kandungan sihat, barulah saya rasa yakin untuk berkongsi.

"Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya ambil kesempatan nak berkongsi berita gembira dengan semua,"
katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Warner Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

No Image Caption



Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Mohd Azraff, 30, dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya.

Malah lebih bermakna apabila suaminya, Adam Azriff, mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.

“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan berhenti merokok sejak dua bulan lalu.

"Dia buat keputusan itu sebab tahu saya tidak suka kepada bau asap rokok

Artikel Berkaitan:


"Sepanjang trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan terus, hanya tidak boleh bau badan suami. Tapi sekarang dah ok,"
jelasnya.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 14 Disember lalu di Klang, Selangor.