Sila log masuk terlebih dahulu.

DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu

05 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 OKTOBER 2023

Ketiadaan pembangkang pada persidangan DUN Terengganu yang dikatakan 'tidak panas' dianggap perkara subjektif kerana penerimaan setiap individu adalah berbeza.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan perkara yang paling penting adalah memastikan matlamat sesuatu sidang itu tercapai.

Jelasnya, sebagai ketua kerajaan negeri akan sentiasa memberi peringatan kepada semua ADUN untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil kepada semua rakyat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/282543/edisi/terengganu/dun-bersidang-tanpa-pembangkang-tetap-berjalan-baik---mb-terengganu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa