Dhabitah-Yan Yee raih perak

Dhabitah-Yan Yee menyumbang pingat perak buat negara.
Dhabitah-Yan Yee menyumbang pingat perak buat negara.
A
A
A

GANDINGAN Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Ahad.

Dalam saingan di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi, mereka berjaya mencatat kutipan mata 270.27 untuk muncul naib juara.

Gandingan tuan rumah Chen Yiwen-Chang Yani nyata terlalu unggul apabila merangkul emas dengan pungutan mata 335.73 manakala gandingan penerjun dari Korea Selatan, Park Hareum-Kim Suji meraih gangsa dengan 253.56 mata.

Kejayaan itu juga menyaksikan mereka menyamai pencapaian merangkul perak di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Ini juga menjadi pingat kedua buat Nur Dhabitah pada sukan Asia kali ini selepas meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama wanita bersama Datuk Pandelela Rinong.

Artikel Berkaitan: