Warga emas rentung dalam kebakaran

Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Melalia, Sipitang.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Melalia, Sipitang.
A
A
A

SIPITANG - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran dirumahnya di Kampung Melalia, dekat sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan oleh pasukan bomba di bahagian dapur rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam.

Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Sipitang.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang musnah 100 peratus.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada jam 8.05 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut terdapat seorang mangsa rentung dalam kejadian itu.

"Pasukan kita menemui mayat seorang lelaki di bahagian dapur.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang tinggal berseorangan dipercayai terperangkap dalam kejadian itu," katanya.

Sehubungan itu, Calvin Joe berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 10.36 malam selepas pemeriksaan dilakukan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.