Setahun menyepi, Ara Johari buat 'comeback'

Ara mengambil masa lama untuk tampil dengan single baharu kerana mencari karya yang sesuai.
Ara mengambil masa lama untuk tampil dengan single baharu kerana mencari karya yang sesuai.
A
A
A

SELEPAS setahun menyepi tanpa single, penyanyi Ara Johari akhirnya membuat 'comeback' dengan buah tangan terbaharu, Sudah.

Istimewanya, lagu Sudah ini menyaksikan kerjasama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari dengan Hang Nadim dan Laq, manakala liriknya ditulis oleh Bulan Penuh dan diterbitkan Rocketfuel Entertainment.

“Saya bukannya tidak mahu muncul dengan lagu baharu, tetapi proses pembikinan lagu ini mengambil masa yang agak lama dan saya hendak pastikan ianya betul-betul bermutu, baharulah saya akan lancarkannya.

“Lagu ini sudah pun wujud sejak 2019 lagi dan hanya berada dalam simpanan, abang Zimi yang menjelaskan sudah sampai masanya lagu ini dikeluarkan, jadi kami putuskan untuk lancarkannya pada tahun ini juga,” jelas wanita berusia 26 tahun itu.

Sudah merupakan single bergenre balada rock dengan vibe lagu-lagu di era 1990-an yang hits, sama seperti single Bunga yang pernah fenomena suatu ketika dahulu.

Ara menyifatkan Sudah merupakan jawapan kepada mereka yang mahukan sebuah karya seperti Bunga.
Ara menyifatkan Sudah merupakan jawapan kepada mereka yang mahukan sebuah karya seperti Bunga.

Tambah Ara, singlenya sebelum ini, Bunga telah mencetuskan fenomena tersendiri sehingga ramai peminat mahukan lagu seperti itu dihasilkan semula dan Sudah adalah jawapannya serta hadiah untuk mereka semua.

“Jalan ceritanya pula mengisahkan sebuah perhubungan yang dibina bertahun lamanya, banyak dugaan yang dihadapi bersama, tetapi apabila hanya sebelah pihak sahaja yang setia dan tidak sebaliknya. Walaupun setelah banyak peluang telah diberikan demi mempertahankan hubungan tersebut, tetapi akhirnya dikhianati juga.

Artikel Berkaitan:

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu Sudah ini dengan sebaiknya dan semoga liriknya ‘bisa’ membuat rakyat Malaysia semakin ‘galau’," katanya.

Lagu Sudah boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.