Sila log masuk terlebih dahulu.

Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu

26 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2023

Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, kerajaan terikat dengan perjanjian bersama Bernas selama 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Jelasnya, sekiranya rombakan dilakukan, ia mesti melalui perbincangan melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri kerana beras ini merupakan soal keterjaminan makanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/280989/berita/nasional/cadangan-pecah-monopoli-beras-perlu-perbincangan-bersama---mat-sabu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #MonopoliBeras #Bincang