Dakwaan wanita dipukul anggota polis disiasat

SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berkaitan video memaparkan seorang wanita mendakwa dipukul oleh seorang anggota polis yang tular menerusi media sosial pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian tersebut merupakan video lama yang telah ditularkan semula.
"Siasatan dijalankan mendapati anggota terlibat bertugas di negeri ini dan sedang cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan.
"Kertas siasatan tatatertib dibuka dan siasatan masih dijalankan memandangkan tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.