Beras di Kelantan cukup walaupun terjadi banjir

Bekalan beras dihantar di PPK Kangkong pada Ahad.
Bekalan beras dihantar di PPK Kangkong pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Musim tengkujuh tidak akan menjejaskan pengeluaran beras di negeri ini berikutan jumlah pengeluaran bahan mentah itu melebihi penggunaan setakat ini.

Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kelantan, Mohamed Fadhli Abdul Azid berkata, penggunaan beras di negeri ini antara 11,000 hingga 12,000 tan metrik beras dalam tempoh sebulan.

Menurut beliau, petani di Kelantan boleh menghasilkan kira-kira 91,000 tan metrik padi untuk semusim dan jumlah itu mencukupi jika berlaku banjir.

"Banjir sukar diramal tetapi jika berdasarkan rekod sebelum ini, Kelantan masih mampu mengeluarkan beras kerana ada sumber dari negeri lain," katanya.