Sila log masuk terlebih dahulu.

Harga minyak masih lagi rendah - Anwar

19 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam Dewan Rakyat bahawa 'esok harga minyak turun' turut dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Keadilan, DAP dan Pas semasa mereka bersama dahulu.

Perkara itu disebut ketika pembangkang membangkitkan isu harga minyak tidak turun apabila beliau sudah menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Idris Ahmad memetik laporan portal tempatan pada 17 Julai 2022, bahawa Anwar Ibrahim pernah membuat kenyataan 'saya tidak jadi Perdana Menteri macam mana harga minyak mahu turun' menghangatkan Dewan rakyat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa