KUFC 'berpesta' belasah TRW 7-0

KUFC menang bergaya apabila membenam pasukan 'abang', Kelantan FC 7-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Isnin. - Foto Facebook KUFC
KUFC menang bergaya apabila membenam pasukan 'abang', Kelantan FC 7-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Isnin. - Foto Facebook KUFC
A
A
A

KELANTAN United Football Club (KUFC) menang bergaya apabila membenam pasukan 'abang', Kelantan FC 7-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam Isnin.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Ailton Dos Santos membawa bekal selesa untuk perlawanan timbal balik pada 3 Oktober depan.

KUFC membuka tirai jaringan pada minit kesembilan melalui Dominic Balic yang mengambil peluang kelekaan The Red Warrior (TRW) melalui rembatan kencang dalam kotak penalti.

Dalam perlawanan antara 'adik' dan 'abang' itu pada mulanya menyaksikan skuad Kijang Hijau gagal menggunakan peluang apabila sepakan penjuru pada awal perlawanan minit ke-18 oleh Indra Putra Mahayuddin tidak memasuki gawang gol.

Bagaimanapun tidak sampai seminit kekecewaan berbalas apabila Ismaheel Akinade menanduk masuk bola untuk gol kedua tuan rumah.

Tambahan masa pada separuh masa pertama juga tidak dimanfaatkan kedua-dua pasukan apabila gagal menjaringkan gol menjadikan keputusan KUFC 2, TRW 0.

Bersambung separuh masa kedua, penjaga gol pasukan Kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi menerima layangan kad merah pada minit 55 selepas mengasari Akinade.

Pertarungan menyaksikan tambahan gol ketiga melalui sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin pada minit 59.

Artikel Berkaitan:

KUFC terus menambah derita Kelantan FC dengan gol keempat oleh Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit 74 dan tambahan gol lima minit kemudian oleh S Sharvin.

Kijang Hijau berkenduri gol lagi selepas Royizzat Daud menyepak bola ke gawang gol pada minit 87 dan beberapa minit kemudian pemain gantian itu menambah satu lagi mata buat KUFC.

Keputusan akhir, KUFC 7, Kelantan FC 0.

Seramai 710 penonton menjadi saksi kepada kemenangan KUFC yang mengecewakan pasukan TRW.