Sila log masuk terlebih dahulu.

Rumah, persiapan kahwin rosak akibat ribut

17 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 17 SEPTEMBER 2023

Kediaman dan persiapan perkahwinan sebuah keluarga rosak dalam kejadian ribut yang melanda kawasan Bercham, Ipoh, Perak pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Kejadian bermula jam 3.50 petang itu mengakibatkan sebahagian bumbung rumah didiami Nor Azura Othman, dari Bandar Baru Putra hilang akibat diterbangkan angin.

Perkakas dan keperluan majlis perkahwinan anak perempuannya Ahad depan termasuk hantaran, bunga telur dan persalinan nikah juga rosak setelah bilik pengantin mengalami kebocoran akibat kerosakan bumbung.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279491/edisi/perak/rumah-persiapan-kahwin-rosak-akibat-ribut

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #BeritaSemasa #SinarHarian