X

Kindly register in order to view this article
!

Pesakit kanser bakar diri

A
A

KULIM - Seorang lelaki pesakit kanser yang mengalami tekanan perasaan dipercayai bertindak menyimbah minyak panas sebelum membakar diri hingga maut dalam kejadian di kawasan tanah lapang di Taman Kempas Indah, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan, Safuan Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan awam berhubung kejadian jam 10 malam.

Menurutnya, anggota bertugas yang tiba di lokasi mendapati kejadian tersebut berhampiran rumah ibu bapa mangsa.

"Sewaktu kejadian, ibu bapa lelaki itu tiada di rumah. Polis tidak menemui bekas pengisi bahan bakar berdekatan tanah lapang itu.

"Keadaan mayat semasa dijumpai terbakar 80 peratus disyaki menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakar," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa hidup tertekan akibat menderita kanser paru-paru tahap empat dan menerima rawatan berkala di Hospital sejak 2014.

Menurutnya, lelaki berusia 40 tahun dan belum berkahwin itu pernah bekerja sebagai pemandu lori.

"Mangsa yang tinggal bersama ibu bapanya tidak lagi bekerja sejak tahun 2014,"katanya.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki itu telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.