Sila log masuk terlebih dahulu.

Rezeki makan ikan darat - Tok Batin

16 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 16 SEPTEMBER 2023

Tradisi mengoca tidak asing bagi masyarakat di Negeri Sembilan apabila lebih 300 penduduk dari tujuh kampung di sekitar Chennah termasuk Orang Asli di Jelebu, Negeri Sembilan bermandi lumpur menangkap beratus ikan leekoh dan keli menggunakan tangan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Mereka berkumpul dan mengambil bahagian dalam Pesta Mengoca sempena Hari Malaysia yang diadakan di sebuah kolam ternakan udang di Kampung Esok pada Sabtu dengan menawarkan ikan leekoh yang dianggarkan seberat 400 hingga 600 gram.

Pengerusi Persatuan Belia Berlian Chennah, Muhammad Khairol Izwan Yasin berkata,program bermula pada jam 8 pagi itu dianjurkan pihaknya berikutan mengoca sangat diminati penduduk.

Artikel: https://shorturl.at/rEQ18

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo