Polis kesan waris mangsa maut kemalangan

Polis
Polis
A
A
A

AMPANG JAYA - Polis mengesan waris kepada seorang lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Awan, Kuala Ampang di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1.24 pagi di lokasi kejadian.

"Mangsa berumur 40-an itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak dipastikan warganegara ketika mayatnya ditemukan.

"Mangsa mempunyai ketinggian lebih kurang 170 sentimeter (cm) ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut boot warna hitam ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, bagi membantu urusan siasatan, pihak polis meminta waris mangsa untuk tampil membantu siasatan.

"Mayat mangsa kini berada di Hospital Ampang.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: