Sila log masuk terlebih dahulu.

Naikkan gaji minimum RM2,000 bantu B40, M40, hapuskan miskin tegar - Guan Eng

13 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Naikkan gaji minimum RM2,000 bantu B40, M40, hapuskan miskin tegar - Guan Eng

Wakil rakyat kerajaan mengesyorkan supaya gaji minimum dinaikkan kepada RM2,000 pada 2030.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, ia bagi merealisasikan hasrat menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 kepada RM4,510 menjelang 2030.

Beliau berkata, cadangan itu antara lain mampu muncul sebagai strategi keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, mengangkat golongan B40 serta memartabatkan kumpulan M40 serta menghapuskan kemiskinan tegar.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #LimGuanEng #GajiMinimum