Sila log masuk terlebih dahulu.

Program subsidi bersasar bermula tahun depan

11 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 SEPTEMBER 2023

Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun hadapan setelah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilengkapi maklumat lengkap sosio ekonomi isi rumah di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata PADU dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024.

Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan PADU telah lengkap dengan data diperlukan memastikan tiada risiko keciciran berlaku.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/278385/berita/nasional/program-subsidi-bersasar-bermula-tahun-depan---rafizi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen