Monster Vicious juara Mobile Legend Sinar Bestari

Tiga pasukan terbaik Pertandingan Mobile Legend anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Persatuan Esports Selangor. (Monster Vicious, Bring Me Horizon dan i7 Generation) - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

PASUKAN Monster Vicious mencipta sejarah apabila bergelar juara selepas menewaskan pasukan Bring Me Horizon pada perlawanan akhir pertandingan Mobile Legend anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Persatuan Esports Selangor pada Ahad.

Pasukan Monster Vicious yang diwakili oleh lima remaja berusia 16 hingga 21 tahun itu berjaya membawa pulang wang tunai RM500 selepas mengharungi lima perlawanan daripada keseluruhan 16 pasukan bertanding.

Ketua Pasukannya, Abdul Azim Abd Rashid, 21, menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan utama sejak dibentuk setahun lalu.

“Alhamdulillah, semua pasukan memberikan saingan yang hebat dan bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kerana kami terpaksa bersaing dengan mereka yang berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Abdul Azim, Kumpulan Monster Vicious turut dianggotai Muhammad Danish Fitri Razman,17; Muhammad Harith Jefry, 20; Tan Yan Onn,16, dan Ali Imran Sali,19.

Perlawanan akhir Mobile Legend menemukan pasukan pasukan Monster Vicious (kiri) dan Bring Me Horizon. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Perlawanan akhir Mobile Legend menemukan pasukan pasukan Monster Vicious (kiri) dan Bring Me Horizon. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Pasukan Bring Me Horizon terpaksa berpuas hati selaku naib Juara dengan membawa pulang RM300 selepas tewas tiga pusingan berturut-turut pada perlawanan akhir itu.

Ketua Pasukannya, Mohamad Hafiz Abdul Razak berkata, untuk sampai ke peringkat akhir mereka memerlukan fokus dan ketahanan mental yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Nampak mudah, tapi main ‘game’ kalau tak pandai hadap tekanan memang kita akan rasa beban apatah lagi jika bertemu pasukan yang profesional serta hebat,” katanya

Bring Me Horizon dianggotai Muhammad Afiq Husaini Zaharudin,19; Adam Daniel Abdullah, 21; Muhammad Shahrul Nizam Mohd Shahar, 20 dan Mohamad Yasin Khan Yusoff, 20.

Bagi pelajar Tingkatan Lima sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 yang mewakili pasukan i7 Generation berbangga merangkul gelaran tempat ketiga sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM200.

Pasukan I7 Generation diwakili oleh Akmal Akhbar Ramin, Adam Irfan Norhadi, Mohammad Haris Iskandar Hasbullah, Muhammad Imran Badarudin dan Mohamad Alif Hafiz Mohamad Sofi.

Penonton dan penyokong pasukan yang hadir pada perlawanan akhir yang diadakan secara langsung di platform media sosial Sinar Harian pada Ahad. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Penonton dan penyokong pasukan yang hadir pada perlawanan akhir yang diadakan secara langsung di platform media sosial Sinar Harian pada Ahad. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Eletronik Selangor, Abdul Razak Mohd Yusof menyifatkan pertandingan seperti itu mampu mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan.

“Ini merupakan salah satu usaha yang baik dan di peringkat persatuan kami amat menyokong penganjuran pertandingan yang dapat mengumpulkan pemain terbaik dari serata negeri untuk diketengahkan pada masa akan datang,” ujarnya.