Ops Khas Dadah: 76 penagih tegar, pengedar ditahan

Mereka yang ditahan adalah penagih tegar dan pengedar dadah yang berusia antara 20-an hingga 67 tahun membabitkan 74 lelaki serta dua wanita.
Mereka yang ditahan adalah penagih tegar dan pengedar dadah yang berusia antara 20-an hingga 67 tahun membabitkan 74 lelaki serta dua wanita.
A
A
A

KUALA KEDAH - Seramai 76 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Khas di beberapa kawasan di Kuala Kedah yang digempur bagi 'membersihkan' kawasan terbabit daripada kegiatan jenayah penjualan dan penagihan dadah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 91 individu telah diperiksa walaupun ada cubaan mahu melarikan diri namun berjaya ditahan anggota polis yang telah mengepung seluruh kawasan itu.

Menurutnya, mereka yang ditahan adalah penagih tegar dan pengedar dadah yang berusia antara 20-an hingga 67 tahun membabitkan 74 lelaki serta dua wanita.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut sebelum dituduh di mahkamah.
Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut sebelum dituduh di mahkamah.

“Dalam operasi ini kita telah membuat pemeriksaan terhadap 91 individu dan 76 daripadanya ditangkap.

"Pecahan kejayaan tangkapan ini kita telah berjaya menangkap dua individu melibatkan Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiga individu bagi Seksyen 39a (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, 11 individu bagi kesalahan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 60 individu bagi kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, ” katanya mengulas Op Khas terbabit pada petang Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, Operasi terbabit diketuai tujuh pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 63 anggota dari balai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar termasuk Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah.

Op Khas terbabit turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Kulim dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kuala Kedah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut sebelum dituduh di mahkamah.

"Dalam operasi ini polis turut merampas 28.89 gram heroin, 46.06 gram syabu dan 0.64 gram ketamin yang mana keseluruhan bernilai RM12,023,” ujarnya.