M1M dibida tertinggi RM622,000

Lebih RM20 juta kutipan keseluruhan diperoleh menerusi bidaan siri nombor pendaftaran istimewa (NPI) M_M yang dibuka 31 Ogos sehingga 4 September lalu.
Lebih RM20 juta kutipan keseluruhan diperoleh menerusi bidaan siri nombor pendaftaran istimewa (NPI) M_M yang dibuka 31 Ogos sehingga 4 September lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih RM20 juta kutipan keseluruhan diperoleh menerusi bidaan siri nombor pendaftaran istimewa (NPI) M_M yang dibuka 31 Ogos sehingga 4 September lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan memaklumkan nombor pendaftaran yang membawa maksud Malaysia Merdeka ini dibuka khas sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

"Hasil kutipan keseluruhan mencatatkan sebanyak RM20,091,970, dengan nombor pendaftaran M1M dibida dengan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM622,000.

"Nombor pendaftaran M5M berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000, diikuti M8M dengan nilai RM450,000, M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siri M_M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida.

"Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

"Lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M sebanyak 39 bidaan, M155M (33), M51M (32), M313M (31), M39M (28)," katanya.

JPJ mengucapkan tahniah kepada pembida yang menerima keputusan rasmi pada 5 September lalu.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga kepada semua pengguna yang menyertai bidaan ini melalui sistem JPJeBid.

"Bidaan JPJeBid ini adalah usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025," katanya.