Town Hall Rakyat edisi khas bincang isu pendidikan

Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Fadhlina dijadualkan akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada jam 4 petang.
Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Fadhlina dijadualkan akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada jam 4 petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Jumaat bakal menjadi platform saluran informasi berkenaan hala tuju pendidikan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, selepas lebih sembilan bulan mentadbir negara, rakyat mahu mengetahui pencapaian serta pelan reformasi pendidikan yang akan diperkenalkan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

"Paling menarik penonton di studio berpeluang untuk mengajukan apa sahaja soalan selain menjadi pentas untuk golongan pendidik menyuarakan keluh kesah, permasalahan dan cadangan penambaikan kepada menteri.

"Lebih menarik, sesi Town Hall kali ini sangat istimewa ekoran diadakan khas bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Zamri
Zamri

Menurut Zamri, penganjuran sesi kali ini merupakan kesinambungan kejayaan serta sambutan luar biasa daripada penonton dan orang ramai pada edisi terdahulu antaranya bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 24 Julai lalu dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (26 Jun).

Selain itu beliau berkata, sesi bersama Menteri Pendidikan kali ini turut menampilkan hos istimewa iaitu bekas guru yang pernah tercalon dalam Top 10 Anugerah Hadiah Guru Global 2020, Samuel Isaiah.

"Lebih 120 penonton yang terdiri daripada golongan pendidik dan pemegang taruh dalam institusi pendidikan dijangka mengisi ruang studio esok.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu saya berharap para pendidik, ibu bapa dan masyarakat sekitar Lembah Klang tidak melepaskan peluang bukan sahaja untuk menghadiri Karnival Pendidikan Sinar Bestari, tetapi menyaksikan Town Hall Rakyat ini," ujarnya.

Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Fadhlina dijadualkan akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada jam 4 petang.