Sila log masuk terlebih dahulu.

MB Kelantan kemuka saman terhadap ADUN Galas, Kota Lama

05 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 SEPTEMBER 2023

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengemukakan saman ke atas ADUN Galas dan Kota Lama berkaitan fitnah mengatakan beliau membawa fitrah takfiri.

Datuk Mohd Nasuruddin berkata, sebagai permulaan surat saman itu telah dihantar kepada peguam mewakili ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim pada Isnin.

Jelasnya lagi, surat yang sama akan dikemukakan juga kepada ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim selain kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277274/edisi/kelantan/mb-kelantan-pula-saman-adun-galas-kota-lama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa