45 ADUN Kelantan angkat sumpah

Seramai 45 wakil rakyat secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ADUN Kelantan bagi penggal ke-15 pada Selasa.
Seramai 45 wakil rakyat secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ADUN Kelantan bagi penggal ke-15 pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 45 wakil rakyat yang menang semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi penggal ke-15 pada Selasa.

Majlis angkat sumpah ADUN Kelantan yang berlangsung di Kota Darul Naim itu diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan kemudian Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Selepas itu ia diikuti oleh barisan Exco dan ADUN lain-lain termasuk dua dari pembangkang iaitu Kota Lama serta Galas.

Angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pada PRN lalu, Pas membentuk kerajaan selepas menang 43 daripada 45 DUN Kelantan.

PRN lalu menyaksikan Pas membentuk gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan simbol bulan.

Artikel Berkaitan: