Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Pemandangan berjerebu dengan bacaan IPU 76 ketika tinjauan sehingga tengah hari tadi di sekitar pulau Labuan hari ini.

 - Foto Bernama
Pemandangan berjerebu dengan bacaan IPU 76 ketika tinjauan sehingga tengah hari tadi di sekitar pulau Labuan hari ini.

 - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 6 petang pada Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sri Aman di tahap sama iaitu 154 manakala Kuching didapati sedikit meningkat kepada 135 termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (144).

Bacaan IPU di Shah Alam mencatatkan sederhana iaitu 98 termasuk Putrajaya (91), Cheras (94), Nilai (92) dan Kota Bharu, Kelantan (58).

Di Semenanjung Malaysia, hanya tiga kawasan di Kedah mencatatkan IPU baik iaitu Kangar (31), Langkawi (24) dan Alor Setar (44).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Artikel Berkaitan: