MBSB Bank akan terbangkan anda ke England

Kempen ‘Winners are Dreamers’ dan kempen ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance ' akan menjadikan impian anda untuk menyaksikan EPL menjadi kenyataan!

A
A
A

No Image Caption

MBSB Bank ingin merealisasikan impian anda untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan dari EPL yang berprestij di England.

Siapa yang layak untuk sertai peraduan “Winners are Dreamers”

Melalui peraduan Winners are Dreamers, ia membuka peluang keemasan untuk pelanggan baharu dan juga pelanggan sedia ada MBSB Bank untuk menyertainya.

Bagi pelanggan baharu, mereka perlu mendaftar dengan mana-mana produk yang ditawarkan oleh MBSB Bank dan berpeluang untuk menyertai peraduan berkenaan.

Manakala bagi pelanggan sedia ada pula, anda boleh mendaftar untuk melanggan mana-mana produk lain bagi meningkatkan peluang penyertaan dalam peraduan ini.

Berikut adalah produk-produk MBSB Bank yang boleh dilanggan:

Artikel Berkaitan:

- Deposit Bertempoh-i

- Deposit Bertempoh Junior-i

- Akaun Simpanan M-Junior-i

- Akaun Simpanan PrimeWin Salary-i

- Pembiayaan Peribadi-I (Ihsan-i)

- Pembiayaan Pendidikan-i

- Pembiayaan Hartanah-i

- Takaful

- e-Wallet

- Kad Visa Debit-i

Peraduan Winners are Dreamers ini berlangsung dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Januari 2024.

Jadi apa tunggu lagi, kunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank terdekat untuk mendaftar pelbagai produk yang ditawarkan dan mana tahu rezeki serta impian anda untuk melancong ke England akan menjadi kenyataan!

Hadiah menarik bakal menanti pemenang

Pastinya para pelanggan MBSB Bank nak tahu apakah hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk pemenang peraduan Winners are Dreamers ini kan?

MBSB Bank akan menerbangkan lapan pasangan dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya untuk percutian dan menyaksikan perlawanan EPL di England.

Terdapat juga hadiah istimewa iaitu 8,000 unit rantai kunci 'MBSB Bank Championship' yang akan diberikan kepada para pelanggan berdasarkan prinsip 'siapa cepat, dia dapat'.

Kempen ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance’

No Image Caption

Manakala bagi para pelanggan yang memiliki anak-anak boleh menyertai kempen ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance’ dan merealisasikan impian untuk menyertai latihan bola sepak bersama Wolves FC.

Latihan bola sepak ini akan dikendalikan oleh jurulatih profesional daripada pasukan EPL terkemuka itu.

Pastinya anak-anak para pelanggan dapat menimba ilmu bola sepak bermutu tinggi daripada tenaga pengajar yang didatangkan khas dari luar negara itu.

Bagaimana nak jadi sebahagian daripada 500 peserta itu?

Anda perlu membuka Akaun Simpanan M-Junior-i dengan ibu bapa sebagai pemegang amanah dan anda terus berpeluang untuk menyertai kempen ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance’.

Sebanyak 500 slot peserta latihan disediakan kepada mereka yang bertuah, jadi rebutlah impian keemasan anda. Bukan senang tau nak berlatih di bawah kendalian jurulatih profesional yang diterbangkan khas dari EPL!

Kempen ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance’ bermula dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai peraduan ini sila klik Winners are Dreamers dan klik ‘Dare to Dream Wolves Golden Chance’.