China, Syria tak gentarkan Harimau Malaya

STATUS pasukan China dan Syria yang berada di ranking bawah 100 dunia tidak menggentarkan Harimau Malaya untuk tampil dengan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan di Chengdu, China, minggu depan.
Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue berkata, skuad negara sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut dan berjanji akan cuba meraih keputusan positif.
"Ini adalah bola sepak, kadangkala pasukan di ranking bawah boleh menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi. Kami sudah bersedia untuk berdepan cabaran ini.
"Jurulatih melakukan pilihan betul menentang pasukan kuat. Bola sepak adalah permainan 11 pemain lawan 11 pemain dan saya rasa kami mampu melakukan sesuatu dan ini akan menjadi perlawanan yang menarik," katanya kepada media pada Jumaat.