Suami isteri maut perkakasan elektrik terbakar

Sepasang suami isteri maut selepas rumah didiami mereka terlibat dalam kebakaran di Jalan Megah 8, Taman Megah, Cheras, Selangor.
Sepasang suami isteri maut selepas rumah didiami mereka terlibat dalam kebakaran di Jalan Megah 8, Taman Megah, Cheras, Selangor.
A
A
A

KAJANG - Pasangan suami isteri warga Indonesia maut setelah rumah yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Megah 8, Taman Megah, di sini awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.13 pagi.

Katanya, kebakaran dipercayai melibatkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat tersebut.

"Anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

"Terdapat dua mangsa terlibat yang merupakan pasangan suami isteri warga Indonesia berumur 50-an dan 40-an yang melecur dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia

"Peratusan kebakaran dianggarkan melibatkan sekitar tiga peratus," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kedua mayat mangsa itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: