PM ucap takziah kepada keluarga anggota Rela

Maniliza Abdul Hamid, 47, (kiri) bersama anaknya Qistina Amierah, 21, Qistina Umairah, 18, dan Ahmad Harraz, 20, menunjukkan gambar terakhir Allahyarham Muhammad Noh Muhammad Isa di kediamannya di Kampung Bahagia Jiboi, Ampangan. - Foto Bernama.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Muhammad Noh Muhammad Isa yang meninggal dunia semalam ketika bertugas.

Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta dedikasi Allahyarham buat rakyat dan negara.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : 'Arwah beritahu nak berehat, tak sangka arwah betul-betul 'rehat' - Isteri anggota Rela

Rebah ketika lintas hormat, anggota Rela meninggal dunia

Allahyarham adalah ketua kontinjen Rela Negeri Sembilan dan dilapor rebah dipercayai akibat serangan jantung semasa melintasi pentas utama di Dataran Majlis Bandaraya Seremban sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan pada Khamis.

Muhammad Noh, 53, yang dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. - Bernama.

Artikel Berkaitan: