Sila log masuk terlebih dahulu.

Angkara cemburu, remaja didakwa bunuh rakan

01 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2023

Padah cemburu buta, seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga kenalannya dekat Rungkup, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Tertuduh yang memakai baju-t kelabu dan berseluar jeans biru gelap hanya menunduk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276660/berita/semasa/angkara-cemburu-remaja-didakwa-bunuh-rakan

Muzik: www.bensound.com