Vespa tua beri peluang mengembara

Rahmat bersama Vespa kesayangannya yang telah berusia 50 tahun ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
Rahmat bersama Vespa kesayangannya yang telah berusia 50 tahun ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas membuktikan motosikal Vespa tua yang dimiliki mampu membawanya mengembara ke beberapa negara termasuk menunaikan ibadah umrah.

Rahim Amat, 71, berkata, sehingga ke hari ini motosikal berusia lebih 50 tahun itu berjasa kepadanya dan kerana itu berhasrat untuk berkonvoi melakukan jelajah siri keduanya ke Tanah Suci Makkah dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, itu satu-satunya pengangkutan utama dia ada sejak dari muda yang digunakan untuk menghantar ke semua anak ke sekolah selain merupakan kenderaan untuk pergi dan pulang bekerja.

"Kembara yang dijalankan pada tahun 2013 lalu antara kembara dakwah yang berjaya dilaksanakan bersama ahli keluarga dan rakan.

Rahmat (dua,kiri) menunggang Vespa tua ketika mengembara ke Tanah Suci Mekah.
Rahmat (dua,kiri) menunggang Vespa tua ketika mengembara ke Tanah Suci Mekah.

"Bermula dari kejayaan itu kita mahu teruskan bagi jelajah seterusnya, walaupun bukan motosikal berkuasa tinggi namun kita boleh sampai ke destinasi yang dituju," katanya ketika ditemui di Ayer Keroh di sini, pada Isnin.

Katanya, antara pengalaman manis apabila mereka berjaya mengembara ke Mekah untuk menunaikan umrah.

"Berbanding motosikal moden dan berkuasa tinggi, Vespa ini sangat susah untuk kendalikannya namun berkat usaha kita boleh melakukannya," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Rahmat (dua,kiri) bersama ahli
Samudra Vespa Club.
Rahmat (dua,kiri) bersama ahli Samudra Vespa Club.

Tambahnya sempena bulan kemerdekaan Samudra Vespa Club juga merancang untuk menyemarakkan bulan ini dengan aktiviti berkonvoi membawa Jalur Gemilang.

"Bukan hanya tadabbur alam, tapi sama-sama meraikan tanggal 31 Ogos tidak lama lagi," katanya.