Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.80 kepada RM2.70 seliter.

Sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga tersebut adalah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.

Katanya, anggaran subsidi perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh itu berjumlah RM103. 76 juta iaitu RON97 sebanyak RM 77.44 juta dan diesel RM26.32 juta.

Artikel Berkaitan: