Sila log masuk terlebih dahulu.

Meriam buatan atasi masalah serangan gajah liar

21 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 21 OGOS 2023

Meletupkan 'ladum' antara kaedah yang dipercayai boleh digunakan untuk menghalau kumpulan gajah liar yang merosakkan kebun dan tanaman penduduk tanpa sebarang kekerasan terhadap haiwan itu di Tongod, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, ladum merupakan sejenis alat tradisional yang diperbuat daripada bekas tin terbuang yang dicantum dan dibentuk seperti meriam buluh serta diletupkan menggunakan cecair spirit.

Menurutnya, beliau telah membawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai masalah gajah liar yang telah banyak memusnahkan kebun-kebun sawit milik penduduk di daerah Tongod, namun belum ada tindakan diambil setakat ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274875/edisi/sabah-sarawak/ladum-bantu-selesai-serangan-gajah-liar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian