Sila log masuk terlebih dahulu.

‘Urusan jenazah Hafiz dipermudah berkat doa orang ramai’

19 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

‘Urusan jenazah Hafiz dipermudah berkat doa orang ramai’

Berita Mojo 19 Ogos 2023

Sepupu kepada penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang maut dalam nahas pesawat di Elmina bersyukur urusan membawa pulang jenazah ke kampung di Sungai Petani dipermudahkan, lapor wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli.

Rabiatul Adawiyah Zakaria yang juga seorang guru di Taiping berkata, ia mungkin berkat doa orang ramai di seluruh Malaysia yang menyebabkan urusan sepupu lelakinya itu dipermudahkan.

Terdahulu, Orang ramai mula memenuhi pekarangan Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerong di sini sejak jam 12 tengah hari pada Sabtu bagi menanti ketibaan jenazah Muhamad Hafiz.

#BeritaMojo #SinarHarian