Sila log masuk terlebih dahulu.

PRK: PH, BN umum calon 23 Ogos 

18 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
PRK: PH, BN umum calon 23 Ogos

BERITA SEMASA 18 OGOS 2023

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Johor memilih 23 Ogos ini sebagai tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata majlis pengumuman calon di Simpang Jeram Muar, itu akan dilakukan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelasnya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijangka turut hadir pada majlis pengumuman calon berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274499/berita/politik/prk-ph-bn-johor-umum-calon-23-ogos-ini

#SinarHarian #BeritaMOJO #BeritaSemasa