Sila log masuk terlebih dahulu.

Presiden Bersatu berjaya batal pertuduhan salah guna kuasa

15 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 15 OGOS 2023

[MOJO LIVE] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Bekas perdana menteri kelapan itu didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta, tiga tahun lalu.

Megikut tuduhan petama hingga keempat, beliau didakwa telah menggunakan kedudukannya untuk empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1