Aliran trafik pasca PRN lancar - PDRM

Keadaan trafik di PLUS dan LPT berjalan lancar pada pasca PRN pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Nasri)
Keadaan trafik di PLUS dan LPT berjalan lancar pada pasca PRN pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Nasri)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berjalan lancar pada pasca pilihan raya negeri (PRN), pada Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya telah melaksanakan Op Lancar selama empat hari sehingga hari ini (Ahad).

"Hari ini dijangka aliran trafik terkawal dan lancar biar pun jumlah kenderaan masih banyak kerana semalam (Sabtu) sudah ramai yang bergerak pulang.

"Diingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas serta arahan petugas penguat kuasa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Jumaat, JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan berlaku pertambahan aliran kenderaan sehingga 1.9 juta di dua lebuh raya utama itu pada PRN, 12 Ogos.

Fokus utama JSPT adalah memastikan aliran trafik lancar dan terkawal buat pengguna jalan raya yang pulang mengundi dan kembali semula ke ibu kota selepas hari pengundian.

Penugasan anggota JSPT akan tertumpu kepada negeri terlibat PRN seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, seterusnya lokasi di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran terutama kawasan 'hot spot' yang berlaku kesesakan.

Artikel Berkaitan: