Sila log masuk terlebih dahulu.

Kemenangan DUN Bertam beri makna lebih besar - Reezal Merican

13 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 13 OGOS 2023

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam pada pilihan raya negeri (PRN) lebih bermakna terutama dalam kedudukan senario politik ketika ini.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, kemenangan itu memberi pengukuhan kerana dilihat mempunyai kedudukan secara lebih representatif dalam kerajaan negeri bukan sahaja mewakili kaum Melayu tetapi Cina dan India.

Pada PRN Pulau Pinang, Reezal Merican berjaya memenangi DUN Bertam dengan majoriti 2,321 undi setelah menewaskan pencabarnya yang juga penyandang kerusi berkenaan dari Perikatan Nasional dan Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273505/berita/politik/kemenangan-dun-bertam-beri-makna-lebih-besar---reezal-merican

Muzik: www.bensound.com