Sila log masuk terlebih dahulu.

ADUN Kota Lama mahu main peranan 'semak dan imbang' di Kelantan

13 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 13 OGOS 2023

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Hafidzah Mustaqim membuat kejutan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama daripada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dan menyifatkan kemenangan itu memberikan peluang baginya memainkan peranan sebagai 'semak dan imbang' kepada kerajaan sedia ada.

Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu menang dengan majoriti tipis 202 undi selepas memperoleh 9,691 undi menewaskan calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi, Tan Boon Kian daripada Parti Rakyat Malaysia (126) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (85 undi).

"Walaupun Kelantan didominasi parti Pas, kemenangan ini akan menjadi pencetus perubahan di negeri ini sekali gus menzahirkan hasrat rakyat khususnya di Kota Lama yang mahukan perubahan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, di sini pada Sabtu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273511/berita/politik/adun-kota-lama-mahu-main-peranan-semak-dan-imbang-di-kelantan

Muzik: www.bensound.com