Israel halang penduduk Palestin tunai solat tarawih

Tentera Israel berkawal di sebatang jalan di kawasan kejiranan Silwan.
Tentera Israel berkawal di sebatang jalan di kawasan kejiranan Silwan.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Penindasan rejim Zionis ke atas umat Islam di Palestin semakin berleluasa pada bulan Ramadan.

Terbaharu, polis Israel menutup laluan utama di kawasan kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Utara yang diduduki beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, penutupan itu dibuat ketika penduduk Palestin sedang sibuk bersiap untuk berbuka puasa pada petang Selasa.

"Tentera dan polis Israel menutup Jalan Wadi Hilweh serta beberapa jalan lain menuju ke Masjid al-Aqsa.

"Jalan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa itu ditutup tanpa sebarang amaran dan penduduk Palestin dilarang melaluinya.

"Tindakan tersebut menyebabkan penduduk yang menuju ke masjid atau pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ketika azan Maghrib mula berkumandang," kata kumpulan itu.

Tindakan Israel itu sekali gus mengganggu persiapan penduduk Palestin untuk berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!