Xi isytihar capai kejayaan besar banteras rasuah

Xi Jinping
Xi Jinping
A
A
A
BEIJING - CHINA . Presiden Xi Jinping mengisytiharkan kejayaan besar dalam perjuangannya menentang rasuah dalam Parti Komunis China, dan terus berjanji kempen membasmi gejala itu akan diteruskan, lapor media.

Xi berjanji melancarkan perang ke atas rasuah sehingga semua jenis jenayah itu dihapuskan sepenuhnya pada semua peringkat Parti Komunis, daripada peringkat ‘jerung’ kepada ‘ikan bilis’.

Beliau berkata ketika pertemuan dua kali dalam masa 10 tahun kepemimpinan atasan parti pada Oktober 2017 bahawa perjuangannya menentang rasuah mencapai momentum cemerlang.

Bagaimanapun, Xi mengumumkan pada pertemuan parti semalam bahawa perjuangan itu mencapai ‘kejayaan besar’, lapor stesen penyiar CCTV.

Badan pemantau rasuah berpengaruh di China mengendalikan 464,000 kes dan menghukum 406,000 pesalah dalam sembilan bulan pertama 2018. - Reuters
Artikel Berkaitan: