PH yakin pulihkan ekonomi negara: Azmin

Azmin - Bernama
Azmin - Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Berdasarkan teras akauntabiliti dan integriti yang diamalkan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yakin mampu memulihkan ekonomi negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan juga dilihat berkebolehan memberikan satu tenaga baharu kepada negara supaya Malaysia bangkit semula sebagai Harimau Asia.

“Rumusan daripada ucapan perutusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu kita lihat bahawa beliau cuba untuk memberikan definisi Malaysia Baharu.

“Malaysia Baharu ini merupakan sebuah pentadbiran kerajaan baharu yang berteraskan prinsip akauntabiliti, integriti, dan peduli rakyat,” katanya selepas majlis Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu, di sini hari ini.

Katanya, tujuh teras strategik yang diumumkan juga mampu menjamin bahawa semua rakyat bakal memperoleh pengagihan kekayaan negara secara adil.

“Setelah sekian lama negara memiliki hasil-hasil yang mewah tapi ia tidak dikongsi secara adil dengan rakyat yang berada di bawah khususnya rakyat yang berada di luar bandar.

“Usaha ini akan berterusan dan kita memberi jaminan bahawa Malaysia baharu akan menjamin kemakmuran bersama di masa akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak