Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] PRN: Membentuk landskap politik baharu?

12 Ogos 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Tercipta satu lagi sejarah politik negara apabila lebih sembilan juta pengundi layak, berpeluang memilih seramai 245 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan susulan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini di enam negeri tersebut.

Tradisinya selepas berlangsung pilihan raya, kita akan mengetahui blok mana menang, lalu boleh membentuk kerajaan negeri dan gabungan parti mana yang kecundang untuk menakluki setiap satu negeri tersebut.

Apa jua keputusan PRN ini, ia menyumbang kepada perubahan wajah politik negara ini yang semestinya didasari oleh demokrasi serta kematangan.

Bagaimanakah model wajah baharu itu?

Saksikan kupasannya dalam Sinar Live khas PRN bersama Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), MUJIBU ABD MUIS di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://www.youtube.com/live/v5vhXfwOYhQ?feature=share

Facebook: https://fb.watch/mmSqWY992I/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1690241291513421824

#SinarHarian #SinarLive #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri