Saya memang mangsa keadaan - Sanusi

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SIK - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui dirinya menjadi mangsa keadaan berikutan sering dikenakan serangan demi serangan oleh pihak lawan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, dirinya kini disifatkan seolah-olah 'diganggu' oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN).

"Saya memang mangsa pun, dia (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) mai kacau saya...saya memang mangsa, mangsa penipuan, mangsa 'spin', mangsa kelirukan fakta, saya mangsa...

"Saya ada fakta yang jelas, saya bercakap dari laporan agensi/jabatan, itu je fakta kita ada," katanya.

Beliau ditemui media ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan bersama penduduk tempatan di Padang Awam Felda Teloi Timur di sini pada Isnin.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa reaksi ditampilkan PN dan beliau sendiri yang dikatakan sengaja mencipta simpati atau 'play victim',

Muhammad Sanusi bagaimanapun menolak dakwaan mengatakan ia semata-mata bertujuan meraih simpati rakyat terhadap PN.

"Tak dak lah, rakyat memang suka kat Pas pun, bukan pasal simpati, dia suka perjuangan Pas," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan itu mendakwa, reaksi yang dipamerkan pemimpin PN seolah-olah seperti mahu meraih rasa simpati dan hal ini bertentangan dengan watak sebenar Muhammad Sanusi yang selama ini dilihat garang.