Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] Rampas semula Taman Templer

07 Ogos 2023 | Sinar Live Video
A
A
A

Seramai lebih 90 individu atau hampir 16 peratus daripada 570 calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah terdiri daripada calon yang pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau pilihan raya sebelum ini.

Kali ini, calon DUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan dengan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Aida Rahman serta Anfaal Saari dari Pakatan Harapan.

Mampukah Zaidy merebut semula DUN yang dimenangi PKR itu dalam penggal lalu?

Saksikan Sinar Live khas PRN bersama calon PN DUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib pada di semua platform digital Sinar Harian.