Dua lelaki ditahan disyaki dera bayi

Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mendera bayi lelaki berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan pada mata kanan dan lebam di kepala di sebuah rumah di Pandan Indah, di sini, Khamis lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mendera bayi lelaki berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan pada mata kanan dan lebam di kepala di sebuah rumah di Pandan Indah, di sini, Khamis lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mendera bayi lelaki berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan pada mata kanan dan lebam di kepala di sebuah rumah di Pandan Indah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang doktor dari Hospital Ampang.

"Dalam kejadian pada jam 8.40 malam, seorang doktor menerima pesakit bayi warga asing itu dalam keadaan separa sedar yang dibawa ibunya untuk menerima rawatan.

"Mangsa didapati lebam di bahagian kepala, pendarahan pada mata kanan dan tidak dapat menggerakkan tangan kiri dan kanan, mangsa disyaki didera di rumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azam berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun di Pandan Indah jam 1.05 tengah hari pada Isnin.

"Suspek dan ibu mangsa tinggal bersama selama tujuh hari dan menjaga bayi berkenaan semasa ketiadaan wanita itu yang pergi bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak," katanya.