Pelampau Yahudi kejam sengaja langgar budak empat tahun

Jibril berada dalam keadaan kritikan dilanggar peneroka Israel. - Agensi
Jibril berada dalam keadaan kritikan dilanggar peneroka Israel. - Agensi
A
A
A

BAITULMAQDIS - Seorang kanak-kanak Palestin berusia empat tahun berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar seorang pelampau Yahudi berhampiran bandar Baitulaham, Tebing Barat, lapor Press TV.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, insiden berlaku di perkampungan Kissan, timur Baitulaham pada Ahad.

Semasa kejadian, kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Jibril Sawarkah berada di luar rumahnya sebelum peneroka itu tiba-tiba melanggarnya dan melarikan diri.

Kanak-kanak malang itu bergegas dibawa ke Bethlehem Arab Society for Rehabilitation di mana keadaannya dilaporkan kritikal.

Nahas berlaku selepas sehari, tentera Israel menyerang hendap dengan melepaskan tembakan terhadap tiga penduduk Palestin yang berada dalam kereta di bandar Jenin di utara Tebing Barat.

Mereka juga bertindak menghalang penduduk dan ambulans daripada menghampiri tempat kejadian.

Menurut laporan bulanan diterbitkan Palestinian Wall and Settlements Resistance Commission, tentera Israel melancarkan 897 serangan terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka pada Julai tahun ini. - Agensi